NADIWEELLBEING :Selepas Trauma: Bagaimana Menyokong Emosi Dengan Berkesan
18 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2026, telah berlangsung WEBINAR Nadiweellbeing :Selepas Trauma: Bagaimana Menyokong Emosi Dengan Berkesan secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 petang sehingga 11:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Webinar "Selepas Trauma: Bagaimana Menyokong Emosi Dengan Berkesan" menekankan kepentingan memahami kesan trauma terhadap emosi, tingkah laku dan kehidupan harian seseorang. Trauma boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan, ketakutan dan kesukaran mengawal emosi. Oleh itu, sokongan daripada keluarga, rakan dan masyarakat amat penting dalam proses pemulihan. Antara pendekatan yang disarankan ialah menjadi pendengar yang baik, menunjukkan empati, tidak menghakimi, menghormati perasaan mangsa serta menggalakkan mereka mendapatkan bantuan profesional sekiranya diperlukan. Kesabaran, komunikasi yang positif dan persekitaran yang selamat mampu membantu individu yang mengalami trauma membina semula keyakinan diri serta meningkatkan kesejahteraan emosi mereka.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: